-Assalamualaikum-
Just wanna share something that I get from someone . It's really nice . Read it with an open heart . So , that with Allah wills , you will get what this story wanna tell ya . enjoy ;D
* I wrote it in Malay :) dah lama pulak rasa x menggunakn bahasa kebangsaan semasa berkarya *
Liyana benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Liyana memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Amirul bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Amirul bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Amirul untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau lelaki penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Liyana makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

frust :"( |
Sehinggalah pada suatu hari, Liyana bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Amelia, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Liyana menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Liyana tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Liyana tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Amelia, Liyana mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Liyana yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Liyana seakan-akan mampu melupakan Amirul. Kini Amelialah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Amelia mampu menggantikan tempat Amirul. Yang anehnya, Amelia seolah-olah seperti Amirul versi wanita baginya.
transformasi :) |
Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Liyana. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Liyana segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.
Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Liyana sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Amelia datang mengirimkan sepucuk surat kepada Liyana. Tanpa sebarang bicara, Amelia berlalu pergi. Perlahan-lahan, Liyana membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.
Assalamulaikum,
Kehadapan Liyana binti Abdul Hazmi, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.
Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.
Kuhadiahkan kamu adikku, Amelia sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.
Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.
Yg Benar,
Amirul.
Liyana terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Liyana mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Amirul disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Amirul dan Liyana. Semoga cinta mereka tergolong dalam CINTA sampai SYURGA :)
p/s : soo sweet :) ' Kerana cinta kepada Allah , aku peroleh cinta sesama manusia '
woa. sweetnya. tapi bab nak tnggu tu yg payah, at least gtau la sbbnya menyepi hehe
ReplyDeleteerm . everything happen with a reason :) org yang sabar akn dapat ganjaran nye . semoga diri aku sedar akn hakikat tuh . hee
ReplyDelete