Twitter :)

20110630

Reply: UIA Bakal Jadi Sarang Pelacur

by kacamatawanita

Assalamualaikum dan salam ukhuwah.

Minggu ni aku terkejut, terpana dan terkedu bila satu note yang kawan aku share di facebook, berkaitan dengan UIA. Ini artikel yang aku maksudkan: UIA bakal jadi sarang pelacur. Luahan seorang brother yang tengah ambil master di sana. Brother, izinkan junior ini berbicara sebentar.




Apa yang abang dengar sebelum abang masuk ke UIA itu benar. Ya, BENAR. Cuma abang tersilap lihat tempatnya. Saya akui di UIA Gombak, pelajarnya agak sosial. Bepakaian seksi, bergaul bebas bagai tiada had. Yang terjaga pergaulan, ramai bertudung (sebenarnya semua bertudung), itu semua fenomena di CFS IIUM Petaling Jaya (saya kurang pasti suasana di Pusat Asasi Nilai). Ya, pusat asasi UIA. Pak guard memang akan menyaman siapa sahaja yang berdua-duaan di mana sahaja, malah akan menyaman pelajar yang berpakaian menjolok mata.

Kegiatan merokok dalam mahallah, itu mereka lakukan secara sembunyi, tanpa pengetahuan pihak universiti. Saya rasa sangat terkilan bila abang memandang saudari-saudari di UIA lebih teruk daripada minah rempit. Kenapa? Tidak patutkah mereka diberi peluang untuk memperbaiki diri? Mereka mungkin tahu hukum agama, cuma belum melaksanakannya. Bukankah itu tugas kita untuk menegur, bukan memperkatakan yang tidak elok tentang mereka?

Kata abang, program-program dakwah hanya untuk golongan malaikat. Maafkan saya, apa yang saya lihat, apa saiz pun tudung seorang sister itu pakai, tidak menjadi sebarang masalah untuk sama-sama mengikuti program tarbiyah. Terbuka kepada semua, malah kami disuruh mengajak kawan sebilik dan sekelas, tanpa diletakkan syarat mempunyai keimanan yang tinggi!




Saya akui banyak perubahan yang perlu kita (pelajar UIA) lakukan pada universiti kita. Tapi perlu saya tekankan, bukan semua kampus UIA seperti yang abang gambarkan. Masih ada yang terjaga. Pendapat saya, abang tak perlu menulis nota itu untuk tatapan semua. Bukankah lebih berkesan jika abang cadangkan penyelesaian masalah dan kemukakan pada pihat tertinggi? InsyaAllah UIA tidak akan menjadi sarang pelacur kalau tindakan segera diambil.

Maafkan saya jika ada isi entri ini mengguris hati mana-mana pihak. Sekadar mengemukakan pandangan saya yang sedikit berbeza. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment