by kacamatawanita
Assalamualaikum dan salam ukhuwah.
Aku tengok teenagers sekarang suka letak cinta pada boyfriend/girlfriend di tempat paling atas. Gaduh dengan mak tak apa, jangan dengan myhoneybooboo sudah. Yelah, orang kata Wow. Tapi kan, korang boleh jamin ke couple-couple ni tahan sampai bebila?
Well girls, korang masih muda la. Umur baru berbelas (atau awal 20-an), dah ada boyfriend and entah berapa ex-boyfriends. Ah, banyak kali couple pun, sebenarnya takda niat pun nak kahwin dengan dia. Betul tak?
I’m still young, so I only have a tiny heart. It is occupied by Allah, The Prophet, my parents and friends. Sorry boy, no space for you…yet.
Sepatutnya masa lelaki tu nak mintak couple, dia mintak kat mak bapak pompuan tu, bukan pompuan tu sendiri. Korang rasa kenapa?
Boy: be mine.
Girl: I am my parents’ property. If you want me, seriously ask them =D
Ok kata la korang couple dan alhamdulillah sampai ke pelamin. Tapi probability untuk cerai (atau bosan dengan pasangan) amatlah tinggi. Ah, dah share straw, dah pegang tangan, dah call sms cerita semua benda, dah tatap muka puas-puas, dah saling belikan top-up, apalagi yang tinggal untuk buat masa dah kawen, selain ehem-ehem?
“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika hilang agama yang ada pada dirimu, hilanglah cintaku padamu” –Imam Nawawi
Kan best kalau apapun lelaki tu buat atau cakap, semua mengingatkan kita pada Tuhan. Bila dah ikhlas bercinta kerana Allah, agak-agak lelaki tu akan pandang ke yang kita cantik ke comel, kurus ke gemuk, pandai masak ke pandai makan?
“Wah, nampak sedap. Thanks sayang. Alhamdulillah” Ah, padahal masak maggi je, tuang air panas je kot! Tapi bila ada iman di dada, semua tu nampak memadai, usaha si isteri menyediakan makanan untuknya dihargai. Sure la lepas tu si isteri belajar masak, sebab masak maggi pun dah kena puji, apalagi masak nasi ayam yedak?
Carilah pasangan yang sayang kita kerana Allah, yang boleh bawak ke syurga. Bukan sebab kita paling hot, sebab kita pandai buat presentation, sebab kita ayu, sebab kita single…sebab ni semua takkan kekal pun. Jom sama-sama cari cinta hakiki :)
Thanks for reading.
No comments:
Post a Comment