Twitter :)

20110704

Tabahlah!

by kacamatawanita

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Buat budak katil sebelah; teman tawa dan sahabat menangis, entry ini khas untukmu. Dan memana insan yang sedang diuji Allah, moga kalian terus tabah.


Bila datang dugaan, sakitnya mungkin sedikit pada fizikal, tapi terlalu perit di hati. Cuma tak ramai yang tahu, ubatnya ada di atas, di minda kalian.

Satu kajian tentang psikologi manusia telah dilakukan ke atas dua anggota tentera. Tentera pertama; A, ditutup mata, dikelar pergelangan tangannya lalu dibiar berdarah hingga mati sambil dilihat tentera kedua; B. Kemudian B dipanggil pula untuk dilakukan perkara yang sama. Bezanya, B hanya dikelar dengan belakang pisau. Peliknya beberapa minit kemudian, B turut mati sedangkan dia tidak cedera.

Manusia makhluk yang unik. Bila otak kita kata "ok, aku akan mati kejap lagi", organ lain terima arahan dan system kita shut down dengan sendirinya. Yes aku tak deny yang kita cepat melatah, tapi kita ada akal. Well apa kata kita guna benda hebat ni untuk hadapi cabaran?

"Yeah aku boleh pass ujian Allah ni. Aku mampu, sebab tu Dia bagi aku" dan senyum. Dan amat penting untuk cari seseorang untuk mendengar (dan mungkin bagi pendapat). Tapi ikut kajian, masa yang paling sesuai untuk meluahkan masalah ialah sebaik saja bangun tidur sebelum subuh. Ada ke kawan yang dah bangun waktu tu, just nak dengar problem orang lain?

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Malik dan lainnya dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
Ketika malam sudah mencecah sepertiga terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata : "Siapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku sahut, siapa yang memohon kepadaKu akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampunan kepadaKu, akan Aku ampuni."

Ya, dialah pendengar yang paling baik; yang Maha Mendengar. Dia ada bila orang lain seakan menjauh. Dia yang memberikan ujian, kenapa tidak kita minta penyelesaiannya pula?
Hai kawan, bergembiralah, sebab antara berjuta, kalian orang yang terpilih untuk diuji, yang diyakini mampu menghadapi. Allah terlalu sayang, terlalu rindu untuk mendengar keluh-kesah dan tangisan kalian.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?" -sebahagian daripada ayat 214, Surah al-Baqarah

Budak katil sebelah, moga terus tabah. Moga syurga milikmu, milik kita. May Allah bless.






No comments:

Post a Comment