Twitter :)

20110714

Hidayah dan Berubah

by kacamatawanita

19 tahun
Solat yang dibuat cuma cukup syarat
Suruhan ibu bapa, dalam diam masih disusuli "ish" dan "ah"
Belum jadi kakak terbaik pada adik-adik
Kekadang mengata cikgu yang menggunung jasanya
Ada kalanya kurang ikhlas dalam berkawan
Masih kurang perikemanusiaan, bila pengemis hanya dipandang tanpa huluran bantuan
Facebook dan handset ditatap tiap hari, al-Quran hanya dipandang sepi
Hati merintih mahukan alunan zikir, hanya tv dan youtube yang disua penghibur zahir

14 julai
Aku mahu berubah, aku perlu berubah
Masa semakin singkat, yang menanti itu akhirat
Bukan duniawi, sebaliknya ukhrawi
Aku perlu bersujud dan bersyukur
Berwudhu' dan tawadhu'
Perbaiki apa yang sempat sebelum mata tertutup rapat

Tuhan, ampuni aku
Atas ibadah yang hanya lebih kurang
Umi dan abah, maafkan kakak
Kerana belum menjadi anak solehah
Cikgu, kumohon diampunkan
Kekurang ajaranku memang melampaui batasan
Adik-adik, kakak mohon maaf
Tak mampu jadi ikutan kalian
Ampunkan aku, sahabat
Atas kasarnya bahasa dan perilaku, kurangnya keikhlasan dan bantuan
Saudara saudari seIslam, kumohon didoakan
Agar hidayah ini berkekalan
Moga tak dilempar ke neraka jahanam

No comments:

Post a Comment