Twitter :)

20110709

Katakan Ya Pada Poligami!

by kacamatawanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau korang ingat, dulu ada kecoh pasal nisbah lelaki terlalu kecil berbanding perempuan. And yeah, ini jadi alasan kukuh untuk lelaki berpoligami. Sorry to say, cerita tu sungguh tak betul sama sekali. Rujuk berita harian ngan utusan malaysia. Tapi kalau kena bagi pilihan, aku nak sebenarnya berpoligami ni. Eh, banyak pahala dan best apa.

First, korang tak payah sesusah nak masak bila dia tidur rumah wife(s) lain. Bangun pagi lelambat, rembat maggi atau biskut cecah milo pastu tengok tv sampai puas. Bila mata dah bengkak, gi la shopping ke spa ke. Merasa la kejap jadi single balik. Yeah kalau shopping dengan lelaki mesti kejap je, tak sempat nak tengok ada benang yang putus ke tak kat baju yang nak dibeli tu. Kalau nak beli barang dorang, reti pulak nak pilih lelama. Eish.


Bila ada hubby kat rumah, kena la hias diri kan. Habes ah keluar revlon maybeline segala bagai. Well bila korang poligami and dia balik rumah sana, boleh la pakai t-shirt gabak ngan seluar tiga suku. Tak payah dah nak pakai lingerie dan seangkatan. Beku la nak pakai bebaju camtu selalu.

Pastu bila husband tu outstation, boleh lepak ngan madu. Hai, takyah la nak gegaduh 4-5 tahun, tak dapat apa pun. Last-last suami cari nombor 3, baru nak insaf bagai. Anggap la madu tu macam kawan, bukan saingan. Baru boleh kamceng.


Of course sebelum benarkan laki kau tu lafaz "aku terima nikahnya" untuk kali kedua, gi la tengok-tengok sikit bakal 'adik' tu. Uji sikit, ok tak solat dia, pass tak aurat dia. Dan pastikan jugak si suami tu adil, mampu bagi nafkah zahir batin pada dua-dua, plus anak-anak. Lelaki pulak, jangan sesekali nikah sorok-sorok, hancur berkecai la hati isteri pertama tu. Dah tak sayang, pisah la. Simpan buat apa, koleksi untuk sakitkan hati?

"Eh kau ni takde perasaan ke? Kau elok-elok jaga diri untuk dia sorang, dia boleh pulak nak share dengan orang lain" Ala, husband tu pun pinjaman je kan. Bukan hak milik kau. Yes memang la rasa dunia nak hancur bila abang sayang kata "saya nak kawen lagi", tapi cuba tengok dari sudut positive. Kerja kau jadi ringan, kepala kau kurang pening. Nak apa lagi?


Tengok la isteri-isteri Rasulullah, elok je poligami reramai. Ada la gaduh sesikit, tapi benda tu la yang korang buat jadi bahan gelak bila dah tua nanti. Lagipun banyak boleh belajar dari poligami ni, jadi lebih ikhlas dan kongsi apa yang kita ada, contohnya. Tak ke?

Anyone nak jadi madu aku? Tapi aku nak jadi isteri tua pertama, nak nangis berdrama kena pujuk bagai. Haha!

Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment