by kacamatawanita
Assalamualaikum dan hello semua.
Assalamualaikum dan hello semua.
Aku rasa aku adik beradik, dididik dengan cara berbeza dari korang. Masa kecik-kecik dulu, rumah rasa macam kem tentera. Mungkin sebab mak ayah aku warga pendidik, so cara dorang ajar anak pun lain la kot.
“There is no doubt that creativity is the most important human resource of all. Without creativity, there would be no progress, and we would be forever repeating the same patterns.”
- Edward de Bono -
- Edward de Bono -
Rumah aku ada peraturan. Yeah lebih kurang macam asrama, haha. Tak boleh tengok tv pukul 5-7 malam. Tak boleh ngadap laptop jam 6-8 malam. Memasing ada jadual tugasan harian, hari ni kau basuh pinggan, aku sapu rumah, dia urus baju yang dah kering, esok tukar la pulak. Tetiap hari kena buat soalan math, paling sikit 2 soalan. 'Elaun' sebulan sekali, pepandai ah. Kalau cakap yang tak elok (bodoh contohnya), kena denda bayar 30sen, masukkan kat tabung Ramadhan. Eh kau, 30sen tu mahal apa masa sekolah rendah, boleh beli choki-choki 6 batang tuu.
Bila ujian dapat markah elok, mesti dapat hadiah. Selalunya duit la, 2-3 hinggit. Sah-sah esoknya borong keropok sampai 20 bungkus, siap taknak share ngan orang lain. Masyuk gila masa tu. Haha. Jangan terkejut, sampai sekarang kitorang masih guna peraturan-peraturan ni. Cuma lebih longgar, mungkin sebab semua makin besar.
Peraturan paling baru, boleh pergi bazaar jumaat sabtu ahad je, lain tak boleh. Adik-adik aku pun "alaaaaaaa", aku pun sama haha. Tapi bila tengok masa berbuka semalam, lauk pun tak habes. Bayangkan kalau beli, lagi banyak bazir sebab memang kitorang sah-sah hadap aiskrim puding kuih dulu, pastu tak larat nak makan nasi. Hehe.
Tak pergi bazaar, belajar cara berjimat dan tak bazir rezeki. Kena urus rumah, belajar erti tanggungjawab. Sikit demi sikit, aku mula faham maksud di sebalik semua peraturan kat rumah ni. Bukannya tak boleh tanya mak ayah aku terus, cuma aku lebih suka fikir dan nilai sendiri.
Zaman dah maju, kita perlu fikir cara yang lebih kreatif untuk asuh orang/murid/anak. Aku rasa cara mak ayah aku yang tegas dan berlainan daripada orang lain, mungkin buat kitorang berfikir dengan cara yang berbeza. Ehem. Atau aku sorang je yang pelik? Mungkin jugak. Haha.
Thanks for reading.
No comments:
Post a Comment