Twitter :)

20120827

Cemburu pada Aishah.

-Assalamualaikum-

Setelah sekian lama menyepi. Mencari diri. 


Aku kagum dengan orang bukan Muslim yang dapat hidayah dari Allah. Sungguh hidayahNya perkara terindah buat seorang yang bergelar Islam. Ada cemburu yang terselit dalam diri tatkala membaca kisah seorang perempuan yang aku kurang pasti namanya. Tak silap Aishah nama Islamnya. Ye, Aishah.

Aishah dibuang keluarga sebab masuk Islam. Tapi dia tabah. Dia yakin kerana cinta kepada Allah akan dia peroleh cinta sesama manusia. Taufiq dan hidayah Allah buat dia kuat. Dan alhamdulillah. Kuasa Allah, dia seorang Islam yang mampu membaca Alquran dengan lancar. Memahami maksud disebalik kalimah suci Allah. Dan pada mata aku, dia seorang Islam yang bukan sekadar dalam kad pengenalan. Maha Suci Allah yang menjadikan setiap suatu perkara.

Aishah tinggal dekat dalam tempat kelapa sawit atas bukit jauh dari manusia. Rumah dia je yang ada satu dekat situ. Kalau ada rumah orang lain pun mungkin jauh sangat dari rumah dia. Aku ingat salah satu ayat dia "...Allah ada sebut kalau nak selamatkan diri dari bencana, larilah ke atas bukit..." Dia lari naik atas bukit tinggal dekat situ sebab takut dengan bencana yang terjadi ke atas umat Rasulullah tika ini. Yang alim tapi kucing. Yang tutup aurat tapi telanjang. Yang solat tapi tidak. Yang baik tapi jahat. Yang cantik tapi buruk. Sungguhlah apa yang Aishah kata tu sangat benar. Malunya. Pada diri, pada Allah. Pada Aishah. 

Dia yang tak lahir sebagai Islam mampu jadi seorang Islam yang baik tapi aku yang lahir sebagai Islam... sungguh belum boleh dipanggil Islam yang baik. Sebab aku kadang mengumpat jugak orang, dalam sedar atau tidak itu belakang cerita. Kadang ada terselit niat tak baik pada orang. Baca Quran malam jumaat sahaja. Surah Yassin. Itu pun bukan setiap amalam jumaat, adakala aku skip. Zikrullah kalau bukan lepas solat dah takde dah. Banyak aku kena upgrade diri. 

Aishah ada cakap yang dia tak pernah salahkan Mak Ayah dia sebab tak lahirkan dia sebagai Islam. Dia cuba nak tarik parents dia masuk Islam secara perlahan lahan. Pada saat itu aku sedar. Mak Ayah aku dah cukup bagi didikan agama. Tapi aku diri sendiri kurang absorb didikan yang mereka beri. Jadi, salah untuk tidak menjadi Islam yang baik ada atas bahu aku bukan atas bahu orang lain. Sebab ni jugak, secara tak langsung, aku telah menjadi seorang yang anak yang dalam perlahan menarik kedua orang tua aku masuk neraka dekat akhirat nanti. Kalau aku tak berubah. Sebab...
 Doa anak solehah itu bekalan buat mak ayah dekat akhirat kelak.
Berbalik pada diri sendiri. Kerdilnya aku. Solat bukan pada awal waktu. Ada benda yang buat aku terleka walhal, dunia sementara tapi akhirat itu kekal abadi. Alquran nak baca, boleh tapi bukan lah selancarnya. Ada jugak tergelincir tajwidnya. Maksud surah Alfatihah yang aku baca dalam tiap rakaat solat pun belum aku tahu setiap patah perkataannya. 

Kerdil diri ini tanpa taufiq dan hidayah Mu ya Allah. Hina. Rasa malu dengan diri. Cemburu aku pada Aishah bukan sebab ada niat yang jelik tapi aku cemburu kerana diri tidak sesolehah dia dalam mendekatkan diri pada Sang Khaliq. 

Ya Khaliq, bantu aku mencari diriMu.

No comments:

Post a Comment