Twitter :)

20120902

Bosan datang melawat

-Assalamualaikum-

Tidak lebih dari 48 jam lagi aku bakal meninggalkan rumah yang telah menjadi tempat favourite aku dalam menghabiskan cuti selama lebih kurang 3 bulan ini. 

Ya, cuti 3 bulan lebih bukan 3 minggu. Cuti ini adalah sebuah peralihan dari pelajar asasi kepada pelajar ijazah sarjana muda. Kebanyakkan kawan aku kerja sambilan dalam usaha menghabiskan 3 bulan ini. Ada yang kerja TuttiFruitti, Mc'Donald, KFC, PizzaHut, Domino's dan macam macam lagi tempat popular pelajar buat kerja sambilan. Kebanyakkan kawan aku, tapi bukan aku. Masa mula cuti dulu berkobar lah jugak nak kerja. Beriya aku cakap dekat parents aku nak kerja. Beriya aku sangatlah kelaut. Aku tak kerja pun. Disebabkan aku tak kerja semestinya tempat favourite aku dalam menghabiskan cuti adalah rumah yang telah diduduki selama 11 tahun ini. 

Masa berjauhan dari rumah, rasa rindu membuak-buak nak balik rumah tu kadang macam nak pecah dada dibuatnya. Asal cuti dah pulak tu 3 bulan, MasyaAllah bahagiaaaanyaaaa(a yang banyak nak tunjuk betapa bahagia rasa itu). Tapi bila dah dekat rumah lama sangat, bosan selalu datang melawat dan soalan top dari sahabat yang bekerja sambilan kepada sang penganggur seperti aku... 
" Kau tak bosan ke duduk rumah je? " 
Dan ini adalah jawapan dari aku... " Bosan tu bosan jugak lah tapi tak berapa nak bosan. Masih boleh bertahan..."

Aku ada satu feeling yang mana aku agak tak sampai hati nak cakap aku bosan duduk rumah. Sebab at the end, after semua tempat lain sudah terlalu tidak membosankan, rumah yang bosan ni jugak yang akan aku cari. Yang akan kalian cari. 

Bosan aku pada rumah hanya terasa pada saat aku keseorangan dirumah. Yelah semua adik adik sekolah dah ke sekolah menimba ilmu, parents pulak dah ke pejabat mencari rezeki. Bila aku sedar aku sorang dalam rumah rasa kosong jiwa, minda. Nak makan pun rasa malas. Tapi selalu mak aku call adalah dalam 3 4 kali sehari. Tanya soalan yang biasa tapi aku rasa terisi. Lepas end call aku sunyi balik. Dan pada saat parents aku and adik adik balik rumah. Bosan pergi membawa diri kerana dia tahu aku tidak lagi perlukan dia. Bosan saja nak datang lawat aku dekat rumah. Jadi peneman ketika aku sunyi agaknya. 


Oh ye, rumah ini dan kebosanan ini akan kurindukan kerana... Cuti dah habis! Dan Selasa ini, fasa baru bermula. Semoga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah.

Dear home, I'm gonna miss you. I've already start to miss you. You too boredom.

No comments:

Post a Comment